Saturday, 5 November 2016

3.Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh
            Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh usahawan, usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan terutamanya dari segi pengaruh. Usahawan yang bijak akan menggunakan strategi pengaruh dengan baik. Setiap usahawan yang berjaya sememangnya mempunyai kebolehan untuk menggunakan pengaruh yang ada disekelilingnya. Usahawan akan menggunakan strategi pengaruh untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan serta menjalin hubungan rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Usahawan akan menggunakan strategi pengaruh untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan serta menjalin hubungan rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Usahawan akan menggunakan strategi-strategi pengaruh bagi mewujudkan kepintaran dan kecekapan rangkaian yang lebih luas. Usahawan akan sentiasa menggunakan strategi-strategi ini untuk memepengaruhi, memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain tanpa melakukan unsur penipuan terhadap orang ramai.
            Selain itu juga, usahawan akan menggunakan strategi-strategi pengaruh untuk mendapatkan hak pengedaran, memudahkan untuk mendapatkan pinjaman serta mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan mereka. Usahawan juga boleh menggunakan strategi pengaruh melalui kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat. Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk, pembungkusan, pemasaran dan penupuan kepada kualiti. Usahawan harus mementingkan fungsi teknologi maklumat untuk menghebahkan tentang produk yang dikeluarkan kepada orang ramai. Namun begitu, usahawan juga boleh mempengaruhi orang ramai melalui kepakaran berkomunikasi. Keadaan ini kerana usahawan akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pada masa yang sama, usahawan turut berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap diantara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.

4. Kerajianan, Komitmen, Keazaman dan Ketabahan
            Seorang usahawan seharusnya mempunyai ciri-ciri kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan dalam membentuk pembangunan dan kejayaan seorang usahawan. Bagi peringkat awal dalam sesebuah perniagaan, seseorang usahawan amat memerlukan ciri-ciri tersebut bagi menghadapi segala cabaran, rintangan, masalah dan kegagalan dalam memperkembangkan perniagaan. Pada peringkat ini, usahawan perlulah rajin mencari peluang, memberi komitmen yang baik, berazam untuk memperluaskan perniagaan dan tabah dalam menghadapi cabaran.

            Pada peringkat penakatan (survival), usahawan sangat memerlukan ciri-ciri tersebut. Hal ini demikian kerana usahawan akan menghadapi pelbagai kesulitan dan cabaran terutamanya dalam mendapatkan kelebihan persaingan berbanding pesaing lain. Bagi peringkat pertumbuhan (growth), usahawan memerlukan ciri-ciri ini untuk memperkembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa bagi memperoleh keuntungan yang lebih lumayan. Usahawan perlu menerapkan ciri-ciri ini demi mendapatkan kelebihan persaingan dan mendapat memanjangkan kitaran hayat produknya. 

No comments:

Post a Comment