Saturday, 5 November 2016

3.Mengambil Risiko yang Diperhitungkan
            Usahawan merupakan seseorang individu biasa, namun yang membezakan usahawan adalah sikap dalaman mereka sendiri. Mereka adalah jenis individu yang sanggup mengambil risiko dalam apa jua keadaan demi mencapai sebuah kejayaan dalam hidupnya. Oleh itu, seseorang usahawan seharusnya mempunyai ciri pengambil risiko yang baik dan perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapinya oleh mereka pada masa hadapan demi mencapai kejayaan dalam hidup. Sikap keberanian dalam mengambil risiko perlu diserapkan dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko terbabit. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengurusan risiko semakin diberikan penekanan dalam sudut perniagaan. Keadaan ini telah membantu pihak pengurusan untuk menentukan sama ada risiko itu tinggi, sederhana atau rendah tahapnya. Hal ini akan membolehkan pihak pengurusan syarikat mengambil tindakan bersesuaian dengan risiko terbabit.
            Dato’ Seri Vida merupakan salah seorang usahawan yang telah berjaya dan telah dikenali oleh semua orang. Beliau merupakan usahawan yang sanggup mengambil risiko bagi mengembangkan perniagaan telah bersemadi di dalam dirinya bagi memperoleh kejayaan dalam perniagaanya. beliau merupakan peneraju kepada syarikat produk kesihatan dan kecantikan dan menjadi ikon kepada usahawan baru. Namun, dugaan di awal permulaan karier beliau telah mematangkan dan menjadikannya bijak dalam merebut peluang yang ada. Beliau dikatakan sanggup mengambil risiko dengan menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya seperti menjual asset yang ada bagi membuka syarikat meskipun pada masa itu, Negara berada dalam kegawatan ekonomi. Dalam usaha untuk menempuhi kejayaan dalam bidang diceburi, seseorang usahawan perlu menempuhi pelbagai cabaran dan risiko yang tersendiri. Keadaan ini merupakan perkara biasa kepada usahawan lain yang berjaya seperti Dato’ Seri Vida pada permulaanya. Beliau tidak menjadikan isu kegawatan ekonomi sebagai penghalang untuk meneruskan perniagaannya di mana beliau mengambil risiko dengan bijak. Berbekalkan kesungguhan yang ada pada diri beliau, beliau mampu berdiri megah sebaris dengan jutawan kosmetik yang lain.

4.Keyakinan Diri
            Dato’ Seri Vida mengambil keputusan melepaskan kerjayanya sebagai seorang guru dan beliau mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan. Dengan usaha yang berani, beliau membuka 38 buah cawangan sekitar Perak, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Penang dan juga di Kelantan. Setiap apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Vida, beliau tidak pernah kisah mengenai penghinaan dan tohmahan orang ramai. Dato’ Seri Vida seorang individu yang berpegang dengan kata-katanya sendiri iaitu “…kita punya kebolehan berbeza, walau kita sesame manusia, bak kata orang rambut sama hitam tapi hati masih lain-lain…”.
            Banyak cabaran yang dihadapi oleh Dato’ Seri Vida sepanjang bergelar usahawan, namun semangat yang cekal dalam diri beliau membantu memegahkan lagi perniagaanya. Sebagai seorang ibu tunggal, Dato’ Seri Vida tidak mengalami konflik untuk menguruskan rumah dan kerja walaupun detik hitam dalam hidup beliau berlaku di mana dua orang anaknya menjadi mangsa kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013. Beliau juga tidak mudah melatah dan menerima takdir yang ditentukan dengan redha kerana beliau yakin ada hikmah disebalik yang berlaku.
 Dato’ Seri Vida juga pernah mengalami kerugian yang besar apabila menggunakan saran televisyen dan radia sebagai medium untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan. Hal ini kerana, tidak ramai yang menonton dan mendengar radio yang mengeluarkan iklan beliau. Namun beliau yakin dengan kebolehan diri dan mempromosikan sendiriproduknya di Kelantan fm dan mendapatkan sambutan yang hangat dari masyarakat.   
5. Kerajinan, Komitmen, Keazaman, Dan Ketabahan
Dr Vida atau nama sebenarnya Dato’ Dr Hasmiza Othman yang merupakan pengasas produk kosmetik Vida Beauty telah mengharungi dugaan dan cabaran, liku kehidupan yang telah memberi banyak pengajaran dan kekuatan yang membawa perubahan besar dalam hidupnya.
            Hal ini demikian kerana, sifat kerajinan, keazaman dan ketabahan serta pemberian komitmen yang tinggi telah ada dalam diri beliau yang dahulunya hanya seorang guru yang suka berniaga ini. Beliau seorang rajin sehingga sanggup mengambil keputusan untuk meninggalkan karier sebagai soerang guru, beliau memulakan langkah drastik dengan menjual produk kecantikan di kios-kios sebelum berjaya menempa nama antara usahawan berjaya pada hari ini. Hal ini menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi dalam diri beliau.

Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa setiap dari kita pasti akan diuji dengan dugaan oleh Yang Maha Esa. Dikejutkan dengan kehilangan dua orang anak lelaki dalam satu kebakaran dua tahun lalu dan masalah rumah tangga yang dihadapi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit dari kehidupan semalam. Namun, beliau tetap tabah dan beazam meneruskan perniagaannya demi meneruskan kehidupan.Semestinya beliau dijadikan sebagai idola dan juga inspirasi buat kaum wanita diluar sana untuk terus berjaya dalam pelbagai bidan yang diceburi.

No comments:

Post a Comment