Saturday, 5 November 2016

7. Berorientasikan Matlamat Dan Wawasan
            Usahawan yang Berjaya biasanya mempunyai matlamat yang jelas yang boleh diukur pencapaian dan berwawasan. Ini kerana mereka tahu hala tuju usaha teroka mereka. Berwawasan bermaksud usahawan mempunyai satu impian yang akan dicapai atau dilihat pada masa hadapan. Usahawan menetapkan matlamat dan wawasan untuk jangka masa terdekat dan juga untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, penbentukan maklumat dan wawasan ini memerlukan perancangan dan 51 penelitian yang  rapi serta pola pemikiran yang cemerlang. Mereka peka kepada kemampuan mereka dan mengenal pasti halangan –halangan tersebut bagi pencapaian matlamat dan wawasan mereka. Sebelum menetapkan matlamat dan wawasan, usahawan akan mengenal pasti peluang, cabaran, ancaman dan risiko dengan teliti dan sistematik. Dengan itu, mereka boleh memfokuskan usaha dan tenaga dalam memilih peluang-peluang yang bersesuaian dan boleh mencapai matlamat dan wawasan yang ditetapkan.

8. Tahap Tenaga yang Tinggi
            Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama sewaktu permulaan sesebuah. Usahawan bekerja keras dan bekerja lebih dari masa yang lazimnya digunakan oleh orang biasa. Mereka dikatakan mempunyai tahap tenaga yang tinggi. Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor pendorong untuk menjayakan usaha teroka yang dijalankan. Ini adalah kerana usahawan perlu melakukan tugas-tugas yang luar biasa bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.

9. Kebolehan Menyelesaikan Masalah
            Usahawan boleh diibaratkan sedang berperang di medan perang. Pelbagai halangan dan rintangan yang mendatang yang akan menimpanya. Untuk memperolehi keuntungan atau kejayaan usahawan akan terlebih dahulu terpaksa bersusah payah dari aspek pengurusan pekerja dan organisasi keseluruhannya. Usahawan tidak boleh mudah melatah sehingga meninggalkan jualan begitu sahaja. Usahawan mestilah berani untuk melakukan apa sahaja perancangan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi supaya perniagaan yang diusahakan daripada diselamatkan. Fikiran para usahawan mestilah berfikir di luar kotak.    

            

1 comment:

  1. Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
    Terima kasih, Busarakham.

    ReplyDelete