1.Dorongan
ke Arah Kejayaan
Dorongan ke arah kejayaan merupakan dorongan yang
menggerakkan serta mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu berdasarkan
apa yang dikehendakinya bagi mencapai matlamat. Oleh itu, usahawan seringkali
kita kaitkan dengan ciri keusahawanan iaitu dorongan ke arah kejayaan dan
usahawan tersebut juga harus mempunyai motivasi diri yang tinggi. Dorongan ke
arah kejayaan juga bermakna usahawan itu harus mempunyai semangat dan keupayaan
untuk maju ke hadapan.
Usahawan
juga harus mempunyai niat untuk mengembangkan perniagaannya dari skala
perniagaan yang kecil kepada skala yang lebih besar. Apabila sesuatu projek
ditentukan, usahawan akan sedaya upaya untuk menyiapkan projek yang dilakukan
itu mencapai matlamatnya. Sembilan per sepuluh orang dari usahawan yang Berjaya
merupakan dari keluarga yang berniaga. Keluarga mereka yang dulunya berniaga
secara kecil-kecilan dan akhirnya mereka mempunyai minat untuk berniaga.
Perkara ini mungkin menyokong fakta dorongan yang mereka ambil untuk ke arah
kejayaan.
2.Mengambil
Risiko yang Diperhitungkan
Risiko adalah ketidakpastian dalam
membuat dalam membuat sesuatu keputusan dan kesannya juga haruslah ditanggung
oleh pembuat keputusan. Namun begitu, jika dilihat di dalam dunia perniagaan
yang semakin sengit pada masa kini, risiko sangat memainkan peranan penting
dalam pembangunan diri seseorang usahawan. Secara teori, semakin tinggi risiko,
semakin besar pulangannya. Keadaan ini merupakan tanggapan biasa yang sering
dikaitkan dengan kejayaan yang dikecapi oleh seseorang usahawan itu sendiri.
Seseorang
usahawan boleh membuat sebarang penilaian dan pertimbangan terhadap risiko
dimana risiko yang telah diperhitungkan dengan baik dan teratur akan dapat
menjamin pulangan yang selamat dalam sebarang perniagaan yang dijalankan.
Risiko yang tidak diperhitungkan dengan bijak besar kemungkinan akan memberi
impak yang besar kepada usahawan untuk mengalami kerugian sama ada dalam jangka
masa pendek mahupun jangka masa panjang. Jika kita lihat dari segi risiko juga
uasahawan sememangnya akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko yang bakal
dihadapi oleh mereka. Keadaan ini terjadi bermula apabila seseorang usahawan
itu melibatkan diri dalam perniagaan.
Oleh
hal yang demikian, usahawan yang berjaya bukanlah seseorang usahawan yang
sanggup mengambil risiko secara membabi buta, tetapi risiko yang bakal dihadapi
telah diambil kira sejak dari awal lagi. Apabila seseorang usahawan melibatkan
diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk
mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak dijangka. Situasi
ini akan menjamin pulangan yang selamat kepada para usahawan.
No comments:
Post a Comment