CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG ADA PADA
DATO’ SERI VIDA
1.Dorongan
Ke Arah Kejayaan
Dato’ Seri Dr Hasmizah Othman atau
lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida merupakan individu yang mempunyai dorongan
yang kuat untuk mencipta kejayaan dan beliau juga mempunyai motivasi yang
tinggi. Hal ini demikian kerana, beliau merasakan beliau sendiri perlu menukar
tanggapan masyarakat yang menganggap bahawa orang Melayu itu mundur dari segi
akademik dan tidak layak untuk mengusahakan perniagaan. Oleh itu, beliau telah
bersungguh-sungguh melanjutkan pelajarannya dari peringkat Sarjana Muda
Pendidikan sehingga berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam
bidang biologi di Moscow. Tahap pendidikan Dato’ Seri Vida telah mengubah
persepsi orang ramai bahawa orang yang dari keluarga yang susah juga boleh
Berjaya sekiranya ada kemahuan untuk berjaya.
Seawal umur Sembilan tahun, beliau
telah mula menjual nasi lemak dan kuih muih. Beliau juga pernah bekerja di
kilang, menjual pokok bongsai, bekerja di restoran makanan segera sebelum
menjadi seorang guru. Dato’ Seri Vida telah menjadi seorang guru dan berkhidmat
selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam sebelum menceburi diri
dalam bidang keusahawanan produk kesihatan dan kecantikan.
Siapa sangka, memulakan profesion
sebagai guru tidak menghalang beliau mengambil keputusan memulakan langkah
drastic dengan menjual produk kecantika di kiosk-kiosk sebelum berjaya menempa
nama antara usahawan yang berjaya pada hari ini. Dorongan untuk menjadi
individu yang berjaya juga telah berjaya direalisasikan dengan jayanya. Dengan
geran satu juta daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan
kosmetiknya, beliau bagaimanapun gagal untuk “break into the market” kerana
pelaburannya sebanyak RM 500,000 untuk mengiklankan produknya di radio dan
televisyen tidak Berjaya mempromosikan produk Vida Beauty. Beliau tertekan dan
mengalami penyakit darah tinggi pada masa itu. Kegagalan itu dijadikan dorongan
untuk membuat sendiri formula yang dihasilkan menggunakan gamat dan buah delim
untuk produk kesihatan Pamoga, telah berjaya mengurangkan tekanan darah
tingginya.
Dengan semangat baru, beliau sendiri
memasarkan Pamoga melalui program di radio Kelantan fm dengan durasi 15 minit,
tetapi produk tersebut menerima sambutan yang hangat. Dato’ Seri Vida juga
mempunyai semangat dalaman yang kuat untuk menjadi individu yang berjaya dalam
bidang yang diceburinya kerana beliau masih boleh bangkit dari kejatuhannya
untuk terus menjadi orang yang berjaya.
2.Tahap
Tenaga yang Tinggi
Usahawan memerlukan tahap tenaga
kerja yang tinggi terutama sewaktu permulaan sesebuah perniagaan. Usahawan yang
bekerja keras dan bekerja lebih masa yang lazimnya digunakan oleh orang biasa.
Mereka dikatakan mempunyai tahap tenaga yang tinggi. Tenaga dalaman dan luaran
menjadi faktor pendorong untuk menjayakan usaha teroka yang dijalankan. Dalam
membangunkan bisnes, tiada jalan pintas. Kita sebagai usahawan mesti melibatkan
diri dalam bisnes sepenuhnya.
Menurut
Dato’ Seri Vida, beliau pernah keluar pagi dan pulang lewat malam semasa
mengedarkan produknya sendiri. Dato’ Seri Vida memulakan perniagaan salon
kecantikan semasa masih lagi bertugas sebagai guru. Beliau menggunakan dan
menjual produk kecantikan syarikat lain sebelum mengeluarkan produk sendiri.
Ini adalah kerana usahawan perlu melakukan tugas-tugas yang luar biasa bagi
mencapai matlamat perniagaan mereka. Apabila bisnes salon kecantikan berkembang
dengan baik, beliau mengeluarkan produk sendiri iaitu pencuci muka, krim siang
dank rim malam. Sejak itu, beliau mengeluarkan lebih banyak produk di bawah
jenama Qu Puteh dan memperkenalkan Pamoga.
Sehingga
hari ini, Vida Beauty mempunyai lebih 400 stokis yang mengedarkan Qu Puteh dan
Pamoga di seluruh negara. Permintaan melonjak selepas Dato’ Vida menaja
Anugerah Juara Lagu sehingga stok diagihkan kepada stokes mengikut kuota. Iklan
Qu Puteh menjadi dan melariskan jualan produknya.
hmmm not really good
ReplyDelete