TOKOH KEUSAHAWANAN : Dato’ Seri Vida
PENDAHULUAN
Kisah seorang wanita Kelantan yang mengharungi liku-liku kehidupan sehingga berjaya menjadi Ratu Kosmetik yang tersohor di Malaysia. Beliau juga telah berjaya menjadi wanita pertama yang terlibat secara langsung dalam kancah bola sepak di Malaysia. Semua ini berlaku atas hasrat seorang wanita yang ingin menampilkan ciri feminine dalam sukan lelaki sebagai balasan bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.
Kisah seorang wanita Kelantan yang mengharungi liku-liku kehidupan sehingga berjaya menjadi Ratu Kosmetik yang tersohor di Malaysia. Beliau juga telah berjaya menjadi wanita pertama yang terlibat secara langsung dalam kancah bola sepak di Malaysia. Semua ini berlaku atas hasrat seorang wanita yang ingin menampilkan ciri feminine dalam sukan lelaki sebagai balasan bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.
Beliau itu tidak lain tidak bukan
Datuk Seri Hajah Hasmizah, 44 atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida di
dalam dunia perniagaan. Beliau berasal
dari Machang, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.
Beliau juga mendapat kelulusan Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu
dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.
Beliau merupakan seorang bekas guru
yang pernah berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam selama 12 tahun.
Beliau juga seorang ratu kosmetik dan usahawan luar biasa kerana beliau
menggunakan produk kesihatan dan kecantikan daripada keluaran syarikatnya
sendiri. Dato’ Seri Vida juga pernah dikritik hebat dengan penampilannya yang
sentiasa disinari kilauan manik, blink-blink dan keterlaluan dari tudung hingga
ke pakaiannya.
Dato’ Seri Vida merupakan Ketua
Pegawai Eksekutif, Vida Beauty Sdn.Bhd yang terletak di Bandar Ipoh, Perak.
Beliau juga telah membuka cawangan syarikatnya di tanah kelahirannya sendiri
iaitu di Kelantan bertapak di Kota Bharu untuk memperbesarkan perniagaannya
yang diceburi itu. Selain itu, untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk
membantu penduduk di negeri asalnya di samping ingin membantu suri rumah yang
berpendapatan rendah juga dapat mencantikkan diri mereka.
Beliau merupakan seorang yang sangat
peramah dan seorang yang bersederhana. Produk yang dijual oleh Dato’ Seri Vida dikenali
ramai kerana taglinenya yang berbeza dan terkenal iaitu qu puteh, qu puteh
barulah putih (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan). Setelah
tagline tersebut sering terluah di bibir usahawan tersebut menyebabkan Qu Puteh
menjadi satu fenomena yang luar biasa.
Di sebalik kejayaan yang dikecapi,
terselit pelbagai pahit getir kesukaran hidup yang dilaluinya untuk berada pada
tahap ini. Dato’ Seri Vida jujur mengakui dia dilahirkan di dalam keluarga yang
berada sebelum menjadi anak yatim pada usia Sembilan tahun kerana kematian
bapanya. Hal ini menyebabkan keluarganya kehilangan punca rezeki dan tempat
bergantung. Setelah itu, beliau mula berniaga nasi lemak dan dapat membeli
motosikal untuk ke sekolah. Selain itu, ibunya terpaksa menjual sebidang tanah
milik keluarga mereka untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains
Malaysia. Beliau juga pernah bekerja secara sambilan di Kentucky Fried Chicken
pada waktu cuti semester untuk menampung kos pelajarannya. Beliau juga pernah
mengalami kehilangan yang cukup pahit dalam kehidupannya iaitu kehilangan dua
cahaya mata yang terkorban akibat kebakaran rumahnya pada tahun 2013.
Iktibar tersebut menjadikan beliau
seorang wanita yang kuat menghadapi cabaran yang ditempuhi di dalam suasana
perniagaan. Pada hari ini, beliau menjadi salah satu usahawan yang terkemuka di
Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa ciri usahawan dalam diri beliau yang
dapat dicontohi oleh generasi sekarang untuk menjadi usahawan yang berjaya dan
terkenal.
No comments:
Post a Comment