Saturday, 5 November 2016

5.Kejujuran dan menepati janji
            Usahawan perlu menonjolkan diri mereka dengan ciri kejujuran dan menepati janji dalam urusan perniagaan agar dapat menyakinkan pihak pelabur atau pembeli yang mempunyai kepentingan perniagaan bersama. Antara pihak yang mempunyai kepentingan dengan usahawan semasa urus niaga dijalankan adalah pelanggan, pembekal, pekerja, peguam, bank, akauntan, pekongsi, pemegang saham dan pihak kerajaan. Ciri-ciri ini akan membantu usahawan dalam menjalin hubungan  dalam dunia korporat sekali gus dapat mengekalkan kehadiran pihak yang sama dalam urusan perniagaan. Hal ini demikian kerana, jika keahlian pihak yang sama dapat dikekalkan sepanjang urusan perniagaan dijalankan, perkara ini dapat memudahkan mereka bekerjasama untuk membangunkan perniagaan dari skala yang kecil kepada skala yang lebih besar dalam jangka masa yang singkat.

6. Berkeyakinan Terhadap Kebolehan Diri
            Keyakinan terhadap kebolehan, keupayaan dan kemampuan diri amat diperlukan oleh seseorang bagi menjamin kejayaan. Yakin terhadap kebolehan diri merupakan satu pendirian yang perlu ada di dalam diri seseorang usahawan terutamanya dalam membuat keputusan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
            Usahawan perlulah mempunyai keberanian dan keyakinan dalam segala tindakan bagi mencapai matlamat dan visi sesuatu organisasi. Hal ini demikian kerana apabila seseorang usahawan itu mempunyai keyakinan yang tinggi akan menyebabkan pelanggannya juga turut merasa yakin akan produk yang dipasarkan oleh usahawan tersebut.

            Oleh itu, keyakinan yang dipamerkan oleh seseorang usahawan dapat menarik minat dan keyakinan pelanggannya. Hal ini menunjukkan bahawa keyakinan terhadap kebolehan diri merupakan ciri-ciri bagi seorang usahawan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment