Saturday, 5 November 2016

RUMUSAN
           
            Keusahawanan dan usahawan merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Keusahawanan merupakan satu bidang yang paling banyak menyumbang dalam pendapatan negara ditambahkan lagi dengan wujudnya usahawam yang berjaya dalam mengembangkan skala perniagaanya dengan lebih meluas. Sememangnya usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi tetapi disebabkan faktor-faktor yang tersendiri. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan ciri-ciri yang ada pada Dato’ Seri Vida ini telah memberi banyak manfaat kepada bakal-bakal usahawan muda. Beliau banyak mempraktikkan segala pengetahuan yang ada demi mencapai apa yang diinginkan itu menjadi suatu kenyataan. Seorang usahawan perlulah berfikiran terbuka dan mempunyai banyak pengalaman untuk menjadikan diri sendiri matang dan berani dalam membuat segala tindakan serta keputusan. Akhir kata, generasi sekarang hendaklah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku kepada usahawan-usahawan yang ada di Malaysia. Jelaslah bahawa kejayaan yang diraih oleh usahawan pada masa kini tidak datang bergolek seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

             

No comments:

Post a Comment