Saturday, 5 November 2016

LAMPIRAN
Biodata dan Profile Datuk Seri Vida

Nama Penuh: Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman
Asal: Machang, Kelantan
Umur: 44 Tahun
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.
Kerjaya: Usahawan produk kesihatan dan kosmatik
Nama Suami: Fairuz Ahmad Zainuddin
Nama Anak: Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 10 tahun Muhammad Eric Zacquan, 8 tahun
Fakta mengenai Datuk Seri Vida Beliau adalah orang yang sangat minat berniaga, malah mula menjual nasi lemak dan kuih muih seawal usia sembilan tahun
       -  Beliau pernah bekerja di kilang, menjual pokok bongsai, bekerja di restoran makanan segera dan tidak ketinggalan bekerja sebagai cikgu sekolah selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam 
       -  Beliau pernah dikritik hebat dengan penampilannya yang sentiasa ‘disinari’ kilauan, ‘blink-blink’ dan keterlaluan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.
       -  Beliau pernah kehilangan 2 anaknya yang terkorban akibat kebakaran rumahnya pada tahun 2013. Sumber: mStar.
        - Dato Vida juga pernah menjadi ibu tunggal selama bertahun-tahun dan membesarkan anak secara berseorangan sebelum berkahwin semula.
        - Dato Vida merupakan seorang usahawan dan jutawan wanita dengan syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd yang mempunyai ratusan pekerja.
        - Pernah menaja program tv seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL29). Penajaan pada AJL29 mencecah RM3 juta manakala GegarVaganza pula hampir RM2 juta.
        - Pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan dan mensyaratkan stadium dicat dengan warna pink (merah jambu) dan nama pasukan ditukar dari The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
        - Hebat sungguh skill marketing beliau! Slogan dan tagline produknya yang terkenal iaitu – qu puteh, qu puteh, barulah putih! (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan.


LAMPIRAN 2

   
     



RUJUKAN
1.Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli Mohd Saad, Modamed Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina, Ahmad Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Shukri Bakar, Shiza Sa’atar, Liliy Julienti Abu Bakar dan Habshah Bakar (2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan: Cengage Learning Asia Pte Ltd.
2.Nurdayana Afifa (2015). Ciri-ciri Keusahawanan yang Wajib Dicontohi. Diambil (September 30, 2016), usahawandaebak.blogspot.my
3.Nur Zalika bt Mahmad Zuki (2013). Cabaran dan Halangan Membangunkan Usahawan Bumiputera Berjaya. Diambil (September 30, 2016), azlanyusof.blogspot.my
4.Linda Allinda (2016). 9 Ciri-Ciri Usahawan. Diambil (September 30, 2016), keusahawanankita.blogspot.my
5.Azhan (2016). Biodata dan Profile Datuk Seri Vida, Pengasas Pamoga dan Qu Puteh. Diambil (September 24, 2016), www.azhan.com
6.Saiful Azley (2014). Pengenalan kepada Usahawan. Diambil (September 26, 2016), saifulzaley.blogspot.my
7.Astro Gempak (2015). Raikan Wanita: Sejak Usia 10 Tahun Dato’ Dr Vida Tidak Henti Bekerja. Diambil (September 30,2016), http://www.astrogempak.com.my
8. Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din, Hoe Chee Hee, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohd. Noor Mohd. Shariff, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Norita Deraman, Muhammad Nasri Md. Hussain (2009). Asas Keusahawanan. Diambil (September 30, 2016), http://www.vodppl.upm.edu.my


RUMUSAN
           
            Keusahawanan dan usahawan merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Keusahawanan merupakan satu bidang yang paling banyak menyumbang dalam pendapatan negara ditambahkan lagi dengan wujudnya usahawam yang berjaya dalam mengembangkan skala perniagaanya dengan lebih meluas. Sememangnya usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi tetapi disebabkan faktor-faktor yang tersendiri. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan ciri-ciri yang ada pada Dato’ Seri Vida ini telah memberi banyak manfaat kepada bakal-bakal usahawan muda. Beliau banyak mempraktikkan segala pengetahuan yang ada demi mencapai apa yang diinginkan itu menjadi suatu kenyataan. Seorang usahawan perlulah berfikiran terbuka dan mempunyai banyak pengalaman untuk menjadikan diri sendiri matang dan berani dalam membuat segala tindakan serta keputusan. Akhir kata, generasi sekarang hendaklah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku kepada usahawan-usahawan yang ada di Malaysia. Jelaslah bahawa kejayaan yang diraih oleh usahawan pada masa kini tidak datang bergolek seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

             
3.Mengambil Risiko yang Diperhitungkan
            Usahawan merupakan seseorang individu biasa, namun yang membezakan usahawan adalah sikap dalaman mereka sendiri. Mereka adalah jenis individu yang sanggup mengambil risiko dalam apa jua keadaan demi mencapai sebuah kejayaan dalam hidupnya. Oleh itu, seseorang usahawan seharusnya mempunyai ciri pengambil risiko yang baik dan perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapinya oleh mereka pada masa hadapan demi mencapai kejayaan dalam hidup. Sikap keberanian dalam mengambil risiko perlu diserapkan dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko terbabit. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengurusan risiko semakin diberikan penekanan dalam sudut perniagaan. Keadaan ini telah membantu pihak pengurusan untuk menentukan sama ada risiko itu tinggi, sederhana atau rendah tahapnya. Hal ini akan membolehkan pihak pengurusan syarikat mengambil tindakan bersesuaian dengan risiko terbabit.
            Dato’ Seri Vida merupakan salah seorang usahawan yang telah berjaya dan telah dikenali oleh semua orang. Beliau merupakan usahawan yang sanggup mengambil risiko bagi mengembangkan perniagaan telah bersemadi di dalam dirinya bagi memperoleh kejayaan dalam perniagaanya. beliau merupakan peneraju kepada syarikat produk kesihatan dan kecantikan dan menjadi ikon kepada usahawan baru. Namun, dugaan di awal permulaan karier beliau telah mematangkan dan menjadikannya bijak dalam merebut peluang yang ada. Beliau dikatakan sanggup mengambil risiko dengan menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya seperti menjual asset yang ada bagi membuka syarikat meskipun pada masa itu, Negara berada dalam kegawatan ekonomi. Dalam usaha untuk menempuhi kejayaan dalam bidang diceburi, seseorang usahawan perlu menempuhi pelbagai cabaran dan risiko yang tersendiri. Keadaan ini merupakan perkara biasa kepada usahawan lain yang berjaya seperti Dato’ Seri Vida pada permulaanya. Beliau tidak menjadikan isu kegawatan ekonomi sebagai penghalang untuk meneruskan perniagaannya di mana beliau mengambil risiko dengan bijak. Berbekalkan kesungguhan yang ada pada diri beliau, beliau mampu berdiri megah sebaris dengan jutawan kosmetik yang lain.

4.Keyakinan Diri
            Dato’ Seri Vida mengambil keputusan melepaskan kerjayanya sebagai seorang guru dan beliau mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan. Dengan usaha yang berani, beliau membuka 38 buah cawangan sekitar Perak, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Penang dan juga di Kelantan. Setiap apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Vida, beliau tidak pernah kisah mengenai penghinaan dan tohmahan orang ramai. Dato’ Seri Vida seorang individu yang berpegang dengan kata-katanya sendiri iaitu “…kita punya kebolehan berbeza, walau kita sesame manusia, bak kata orang rambut sama hitam tapi hati masih lain-lain…”.
            Banyak cabaran yang dihadapi oleh Dato’ Seri Vida sepanjang bergelar usahawan, namun semangat yang cekal dalam diri beliau membantu memegahkan lagi perniagaanya. Sebagai seorang ibu tunggal, Dato’ Seri Vida tidak mengalami konflik untuk menguruskan rumah dan kerja walaupun detik hitam dalam hidup beliau berlaku di mana dua orang anaknya menjadi mangsa kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013. Beliau juga tidak mudah melatah dan menerima takdir yang ditentukan dengan redha kerana beliau yakin ada hikmah disebalik yang berlaku.
 Dato’ Seri Vida juga pernah mengalami kerugian yang besar apabila menggunakan saran televisyen dan radia sebagai medium untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan. Hal ini kerana, tidak ramai yang menonton dan mendengar radio yang mengeluarkan iklan beliau. Namun beliau yakin dengan kebolehan diri dan mempromosikan sendiriproduknya di Kelantan fm dan mendapatkan sambutan yang hangat dari masyarakat.   
5. Kerajinan, Komitmen, Keazaman, Dan Ketabahan
Dr Vida atau nama sebenarnya Dato’ Dr Hasmiza Othman yang merupakan pengasas produk kosmetik Vida Beauty telah mengharungi dugaan dan cabaran, liku kehidupan yang telah memberi banyak pengajaran dan kekuatan yang membawa perubahan besar dalam hidupnya.
            Hal ini demikian kerana, sifat kerajinan, keazaman dan ketabahan serta pemberian komitmen yang tinggi telah ada dalam diri beliau yang dahulunya hanya seorang guru yang suka berniaga ini. Beliau seorang rajin sehingga sanggup mengambil keputusan untuk meninggalkan karier sebagai soerang guru, beliau memulakan langkah drastik dengan menjual produk kecantikan di kios-kios sebelum berjaya menempa nama antara usahawan berjaya pada hari ini. Hal ini menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi dalam diri beliau.

Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa setiap dari kita pasti akan diuji dengan dugaan oleh Yang Maha Esa. Dikejutkan dengan kehilangan dua orang anak lelaki dalam satu kebakaran dua tahun lalu dan masalah rumah tangga yang dihadapi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit dari kehidupan semalam. Namun, beliau tetap tabah dan beazam meneruskan perniagaannya demi meneruskan kehidupan.Semestinya beliau dijadikan sebagai idola dan juga inspirasi buat kaum wanita diluar sana untuk terus berjaya dalam pelbagai bidan yang diceburi.
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG ADA PADA DATO’ SERI VIDA

1.Dorongan Ke Arah Kejayaan
            Dato’ Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida merupakan individu yang mempunyai dorongan yang kuat untuk mencipta kejayaan dan beliau juga mempunyai motivasi yang tinggi. Hal ini demikian kerana, beliau merasakan beliau sendiri perlu menukar tanggapan masyarakat yang menganggap bahawa orang Melayu itu mundur dari segi akademik dan tidak layak untuk mengusahakan perniagaan. Oleh itu, beliau telah bersungguh-sungguh melanjutkan pelajarannya dari peringkat Sarjana Muda Pendidikan sehingga berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang biologi di Moscow. Tahap pendidikan Dato’ Seri Vida telah mengubah persepsi orang ramai bahawa orang yang dari keluarga yang susah juga boleh Berjaya sekiranya ada kemahuan untuk berjaya.
            Seawal umur Sembilan tahun, beliau telah mula menjual nasi lemak dan kuih muih. Beliau juga pernah bekerja di kilang, menjual pokok bongsai, bekerja di restoran makanan segera sebelum menjadi seorang guru. Dato’ Seri Vida telah menjadi seorang guru dan berkhidmat selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam sebelum menceburi diri dalam bidang keusahawanan produk kesihatan dan kecantikan.
            Siapa sangka, memulakan profesion sebagai guru tidak menghalang beliau mengambil keputusan memulakan langkah drastic dengan menjual produk kecantika di kiosk-kiosk sebelum berjaya menempa nama antara usahawan yang berjaya pada hari ini. Dorongan untuk menjadi individu yang berjaya juga telah berjaya direalisasikan dengan jayanya. Dengan geran satu juta daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kosmetiknya, beliau bagaimanapun gagal untuk “break into the market” kerana pelaburannya sebanyak RM 500,000 untuk mengiklankan produknya di radio dan televisyen tidak Berjaya mempromosikan produk Vida Beauty. Beliau tertekan dan mengalami penyakit darah tinggi pada masa itu. Kegagalan itu dijadikan dorongan untuk membuat sendiri formula yang dihasilkan menggunakan gamat dan buah delim untuk produk kesihatan Pamoga, telah berjaya mengurangkan tekanan darah tingginya.
            Dengan semangat baru, beliau sendiri memasarkan Pamoga melalui program di radio Kelantan fm dengan durasi 15 minit, tetapi produk tersebut menerima sambutan yang hangat. Dato’ Seri Vida juga mempunyai semangat dalaman yang kuat untuk menjadi individu yang berjaya dalam bidang yang diceburinya kerana beliau masih boleh bangkit dari kejatuhannya untuk terus menjadi orang yang berjaya.

2.Tahap Tenaga yang Tinggi
            Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama sewaktu permulaan sesebuah perniagaan. Usahawan yang bekerja keras dan bekerja lebih masa yang lazimnya digunakan oleh orang biasa. Mereka dikatakan mempunyai tahap tenaga yang tinggi. Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor pendorong untuk menjayakan usaha teroka yang dijalankan. Dalam membangunkan bisnes, tiada jalan pintas. Kita sebagai usahawan mesti melibatkan diri dalam bisnes sepenuhnya.
Menurut Dato’ Seri Vida, beliau pernah keluar pagi dan pulang lewat malam semasa mengedarkan produknya sendiri. Dato’ Seri Vida memulakan perniagaan salon kecantikan semasa masih lagi bertugas sebagai guru. Beliau menggunakan dan menjual produk kecantikan syarikat lain sebelum mengeluarkan produk sendiri. Ini adalah kerana usahawan perlu melakukan tugas-tugas yang luar biasa bagi mencapai matlamat perniagaan mereka. Apabila bisnes salon kecantikan berkembang dengan baik, beliau mengeluarkan produk sendiri iaitu pencuci muka, krim siang dank rim malam. Sejak itu, beliau mengeluarkan lebih banyak produk di bawah jenama Qu Puteh dan memperkenalkan Pamoga.
Sehingga hari ini, Vida Beauty mempunyai lebih 400 stokis yang mengedarkan Qu Puteh dan Pamoga di seluruh negara. Permintaan melonjak selepas Dato’ Vida menaja Anugerah Juara Lagu sehingga stok diagihkan kepada stokes mengikut kuota. Iklan Qu Puteh menjadi dan melariskan jualan produknya.   


 TOKOH KEUSAHAWANAN :  Dato’ Seri Vida

PENDAHULUAN

Image result for dato' seri vida 


        Kisah seorang wanita Kelantan yang mengharungi liku-liku kehidupan sehingga berjaya menjadi Ratu Kosmetik yang tersohor di Malaysia. Beliau juga telah berjaya menjadi wanita pertama yang terlibat secara langsung dalam kancah bola sepak di Malaysia. Semua ini berlaku atas hasrat seorang wanita yang ingin menampilkan ciri feminine dalam sukan lelaki sebagai balasan bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.
            Beliau itu tidak lain tidak bukan Datuk Seri Hajah Hasmizah, 44 atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida di dalam dunia perniagaan.  Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Beliau juga mendapat kelulusan Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.
            Beliau merupakan seorang bekas guru yang pernah berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam selama 12 tahun. Beliau juga seorang ratu kosmetik dan usahawan luar biasa kerana beliau menggunakan produk kesihatan dan kecantikan daripada keluaran syarikatnya sendiri. Dato’ Seri Vida juga pernah dikritik hebat dengan penampilannya yang sentiasa disinari kilauan manik, blink-blink dan keterlaluan dari tudung hingga ke pakaiannya.
            Dato’ Seri Vida merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Vida Beauty Sdn.Bhd yang terletak di Bandar Ipoh, Perak. Beliau juga telah membuka cawangan syarikatnya di tanah kelahirannya sendiri iaitu di Kelantan bertapak di Kota Bharu untuk memperbesarkan perniagaannya yang diceburi itu. Selain itu, untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk membantu penduduk di negeri asalnya di samping ingin membantu suri rumah yang berpendapatan rendah juga dapat mencantikkan diri mereka.  
            Beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan seorang yang bersederhana. Produk yang dijual oleh Dato’ Seri Vida dikenali ramai kerana taglinenya yang berbeza dan terkenal iaitu qu puteh, qu puteh barulah putih (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan). Setelah tagline tersebut sering terluah di bibir usahawan tersebut menyebabkan Qu Puteh menjadi satu fenomena yang luar biasa.
            Di sebalik kejayaan yang dikecapi, terselit pelbagai pahit getir kesukaran hidup yang dilaluinya untuk berada pada tahap ini. Dato’ Seri Vida jujur mengakui dia dilahirkan di dalam keluarga yang berada sebelum menjadi anak yatim pada usia Sembilan tahun kerana kematian bapanya. Hal ini menyebabkan keluarganya kehilangan punca rezeki dan tempat bergantung. Setelah itu, beliau mula berniaga nasi lemak dan dapat membeli motosikal untuk ke sekolah. Selain itu, ibunya terpaksa menjual sebidang tanah milik keluarga mereka untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia. Beliau juga pernah bekerja secara sambilan di Kentucky Fried Chicken pada waktu cuti semester untuk menampung kos pelajarannya. Beliau juga pernah mengalami kehilangan yang cukup pahit dalam kehidupannya iaitu kehilangan dua cahaya mata yang terkorban akibat kebakaran rumahnya pada tahun 2013.
            Iktibar tersebut menjadikan beliau seorang wanita yang kuat menghadapi cabaran yang ditempuhi di dalam suasana perniagaan. Pada hari ini, beliau menjadi salah satu usahawan yang terkemuka di Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa ciri usahawan dalam diri beliau yang dapat dicontohi oleh generasi sekarang untuk menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal.
7. Berorientasikan Matlamat Dan Wawasan
            Usahawan yang Berjaya biasanya mempunyai matlamat yang jelas yang boleh diukur pencapaian dan berwawasan. Ini kerana mereka tahu hala tuju usaha teroka mereka. Berwawasan bermaksud usahawan mempunyai satu impian yang akan dicapai atau dilihat pada masa hadapan. Usahawan menetapkan matlamat dan wawasan untuk jangka masa terdekat dan juga untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, penbentukan maklumat dan wawasan ini memerlukan perancangan dan 51 penelitian yang  rapi serta pola pemikiran yang cemerlang. Mereka peka kepada kemampuan mereka dan mengenal pasti halangan –halangan tersebut bagi pencapaian matlamat dan wawasan mereka. Sebelum menetapkan matlamat dan wawasan, usahawan akan mengenal pasti peluang, cabaran, ancaman dan risiko dengan teliti dan sistematik. Dengan itu, mereka boleh memfokuskan usaha dan tenaga dalam memilih peluang-peluang yang bersesuaian dan boleh mencapai matlamat dan wawasan yang ditetapkan.

8. Tahap Tenaga yang Tinggi
            Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama sewaktu permulaan sesebuah. Usahawan bekerja keras dan bekerja lebih dari masa yang lazimnya digunakan oleh orang biasa. Mereka dikatakan mempunyai tahap tenaga yang tinggi. Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor pendorong untuk menjayakan usaha teroka yang dijalankan. Ini adalah kerana usahawan perlu melakukan tugas-tugas yang luar biasa bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.

9. Kebolehan Menyelesaikan Masalah
            Usahawan boleh diibaratkan sedang berperang di medan perang. Pelbagai halangan dan rintangan yang mendatang yang akan menimpanya. Untuk memperolehi keuntungan atau kejayaan usahawan akan terlebih dahulu terpaksa bersusah payah dari aspek pengurusan pekerja dan organisasi keseluruhannya. Usahawan tidak boleh mudah melatah sehingga meninggalkan jualan begitu sahaja. Usahawan mestilah berani untuk melakukan apa sahaja perancangan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi supaya perniagaan yang diusahakan daripada diselamatkan. Fikiran para usahawan mestilah berfikir di luar kotak.    

            
5.Kejujuran dan menepati janji
            Usahawan perlu menonjolkan diri mereka dengan ciri kejujuran dan menepati janji dalam urusan perniagaan agar dapat menyakinkan pihak pelabur atau pembeli yang mempunyai kepentingan perniagaan bersama. Antara pihak yang mempunyai kepentingan dengan usahawan semasa urus niaga dijalankan adalah pelanggan, pembekal, pekerja, peguam, bank, akauntan, pekongsi, pemegang saham dan pihak kerajaan. Ciri-ciri ini akan membantu usahawan dalam menjalin hubungan  dalam dunia korporat sekali gus dapat mengekalkan kehadiran pihak yang sama dalam urusan perniagaan. Hal ini demikian kerana, jika keahlian pihak yang sama dapat dikekalkan sepanjang urusan perniagaan dijalankan, perkara ini dapat memudahkan mereka bekerjasama untuk membangunkan perniagaan dari skala yang kecil kepada skala yang lebih besar dalam jangka masa yang singkat.

6. Berkeyakinan Terhadap Kebolehan Diri
            Keyakinan terhadap kebolehan, keupayaan dan kemampuan diri amat diperlukan oleh seseorang bagi menjamin kejayaan. Yakin terhadap kebolehan diri merupakan satu pendirian yang perlu ada di dalam diri seseorang usahawan terutamanya dalam membuat keputusan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
            Usahawan perlulah mempunyai keberanian dan keyakinan dalam segala tindakan bagi mencapai matlamat dan visi sesuatu organisasi. Hal ini demikian kerana apabila seseorang usahawan itu mempunyai keyakinan yang tinggi akan menyebabkan pelanggannya juga turut merasa yakin akan produk yang dipasarkan oleh usahawan tersebut.

            Oleh itu, keyakinan yang dipamerkan oleh seseorang usahawan dapat menarik minat dan keyakinan pelanggannya. Hal ini menunjukkan bahawa keyakinan terhadap kebolehan diri merupakan ciri-ciri bagi seorang usahawan yang berjaya.
3.Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh
            Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh usahawan, usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan terutamanya dari segi pengaruh. Usahawan yang bijak akan menggunakan strategi pengaruh dengan baik. Setiap usahawan yang berjaya sememangnya mempunyai kebolehan untuk menggunakan pengaruh yang ada disekelilingnya. Usahawan akan menggunakan strategi pengaruh untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan serta menjalin hubungan rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Usahawan akan menggunakan strategi pengaruh untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan serta menjalin hubungan rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Usahawan akan menggunakan strategi-strategi pengaruh bagi mewujudkan kepintaran dan kecekapan rangkaian yang lebih luas. Usahawan akan sentiasa menggunakan strategi-strategi ini untuk memepengaruhi, memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain tanpa melakukan unsur penipuan terhadap orang ramai.
            Selain itu juga, usahawan akan menggunakan strategi-strategi pengaruh untuk mendapatkan hak pengedaran, memudahkan untuk mendapatkan pinjaman serta mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan mereka. Usahawan juga boleh menggunakan strategi pengaruh melalui kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat. Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk, pembungkusan, pemasaran dan penupuan kepada kualiti. Usahawan harus mementingkan fungsi teknologi maklumat untuk menghebahkan tentang produk yang dikeluarkan kepada orang ramai. Namun begitu, usahawan juga boleh mempengaruhi orang ramai melalui kepakaran berkomunikasi. Keadaan ini kerana usahawan akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pada masa yang sama, usahawan turut berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap diantara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.

4. Kerajianan, Komitmen, Keazaman dan Ketabahan
            Seorang usahawan seharusnya mempunyai ciri-ciri kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan dalam membentuk pembangunan dan kejayaan seorang usahawan. Bagi peringkat awal dalam sesebuah perniagaan, seseorang usahawan amat memerlukan ciri-ciri tersebut bagi menghadapi segala cabaran, rintangan, masalah dan kegagalan dalam memperkembangkan perniagaan. Pada peringkat ini, usahawan perlulah rajin mencari peluang, memberi komitmen yang baik, berazam untuk memperluaskan perniagaan dan tabah dalam menghadapi cabaran.

            Pada peringkat penakatan (survival), usahawan sangat memerlukan ciri-ciri tersebut. Hal ini demikian kerana usahawan akan menghadapi pelbagai kesulitan dan cabaran terutamanya dalam mendapatkan kelebihan persaingan berbanding pesaing lain. Bagi peringkat pertumbuhan (growth), usahawan memerlukan ciri-ciri ini untuk memperkembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa bagi memperoleh keuntungan yang lebih lumayan. Usahawan perlu menerapkan ciri-ciri ini demi mendapatkan kelebihan persaingan dan mendapat memanjangkan kitaran hayat produknya.