Monday, 24 October 2016

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

SADE1013
ASAS KEUSAHAWANAN






ISI KANDUNGAN


  • PENGENALAN UMUM
  • CIRI-CIRI UMUM USAHAWAN
  • BIODATA USAHAWAN YANG DIPILIH
  • CIRI-CIRI USAHAWAN YANG DIPILIH
  • RUMUSAN
  • RUJUKAN
  • LAMPIRAN



PENGENALAN
           
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dipandang mulia dan murni oleh masyarakat. Bidang ini juga telah mengambil tempat yang luas dalam institusi dan ekonomi di Malaysia. Hal ini dibuktikan sumbangan kepada pendapatan Negara kebanyakkan daripada bidang ini. Selain itu, bidang keusahawanan ini juga dapat menyediakan banyak peluang pekerjaaan kepada masyarakat sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran. Di samping itu, berniaga merupakan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa Sembilan persepuluh daripada punca rezeki itu adalah dari bidang perniagaan.
            Sungguh pun begitu, bidang ini tidak wajar disalah ertikan dan hanya dilihat untuk mengejar keduniaan semata-mata sebaliknya meninggalkan akhirat. Jika bidang keusahawanan ini dilakukan mengikut landasan dan panduan yang diterapkan oleh Rasulullah, ini boleh menjadikan sesuatu bangsa dan umat itu bertambah kuat dan lebih dihormati. Pertama, melakukan semua perkara yang diperintah kepada kita seperti solat, membayar zakat, berpuasa dan lain-lain. Seterusnya, jangan mendekati perkara yang dilarang seperti riba dan rasuah. Ketiga, mengamalkan sifat yang baik dalam sesuatu urusan yang dilakukan. Akhir sekali, hokum hakam sesuatu perniagaan harus diketahui supaya perniagaan yang dijalankan tidak bercanggah dengan peraturan muamalah Islam.
            Keusahawanan boleh didefinisikan sebagai proses kewujudan dan pengembangan perniagaan yang secara terkumpul boleh membentuk daya tenaga pembangunan Negara demi kemakmuran masyarakat. Usahawan pula boleh ditakrifkan sebagai menubuh, menerajui, menjalankan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan pencapaian diri bagi mendapat keuntungan di samping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Usahawan merupakan individu yang bijak mengatur strategi untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi oleh mereka tanpa berputus asa. Mereka akan berusaha untuk mencapai matlamat yang ingin dikecapi oleh mereka dalam bidang keusahawanan.
Dalam tugasan yang telah diberikan, kami telah memilih Dato’ Seri Vida sebagai usahawan yang berjaya dalam  bidang yang diceburi boleh dijadikan contoh. Salah satu sebab kami memilih beliau kerana beliau menunjukkan banyak ciri-ciri keusahawanan yang kami kaji. Selain itu, beliau merupakan salah satu usahawan di Malaysia yang menampilkan diri dalam busana pemakaian muslimah. Seterusnya, ciri keusahawanan yang ditunjukkan oleh beliau juga boleh dijadikan dorongan kepada para usahawan yang baru ingin menceburi oleh generasi pada masa akan datang.








1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete